Ambiga...
Semuanya bermula dgn desakan Ambiga utk membersihkan proses pilihan raya melalui gerakan Bersihnya.
Pembangkang...
Apa lagi... Tentunya melihat ini sebagai peluang keemasan utk bersekongkol dgn apa sahaja yg memperlihatkan kecacatan kerajaan, terdesak utk meraih sokongan menjelang pilihan raya
Polis...
Dalam keadaan kelam kabut dgn ribuaan org mara dr semua sudut dgn gerombolan penyokong yg ghairah dan naik seh, sudah tentu apa sahaja boleh berlaku atau ter-berlaku pada atau oleh sesiapa sahaja yg berada di situ. Pihak polis yg bertugas terdesak utk melakukan sesuatu utk menghalang kemaraan kumpulan atas dasar mempertahankan diri dan menyelamatkan org awam dan mungkin terlepas pandang akan asas atau principal pertahanan sesuatu kawasan tertentu yg perlu diberi perhatian khusus.
Najib...
Mungkin terdesak utk mempertahankan pihak polis, sekaligus mungkin menidakkan apa yg sebenarnya yg berlaku. Mungkin ya, mungkin tidak... Wallahualam...Allah SWT sahaja yg tahu...
SEMUA TERDESAK DGN KEADAAN
Akhirnya, siapa yang rugi?
KITA SEMUA yg rugi!
- Negara kita kelihatan buruk, busuk di mata asing
- Polis yg cuba menjaga keamanan cedera dan dikecam
- Mereka yg sertai demonstrasi juga cedera, fizikal dan emosi
- Kecederaan emosi dirasai oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh Malaysia (SEMUA ORANG yaa... semua rasa sakitnya dan juga bersedih dgn apa yg berlaku)
Wahai seluruh rakyat negaraku yg tercinta....
Tak bolehkan kita semua duduk berbincang dan bermusyawarah?
Fikir-fikirkanlah...
Australia Trip
5 years ago
0 comments:
Post a Comment