Lewat ini, kusimpulkan solat saja tidak cukup.
Aku kira, dunia yg kian mengecil tanpa sempadan diterajui oleh teknologi moden dan canggih semakin membuatkan pentas dunia yg kita diam selama ini menjadi gelanggang penuh mencabar. Perkara yg jelas terlarang di sisi Allah SWT di-brandingkan dgn begitu brilliant sekali bertransformasi menjadi sesuatu yg dilihat unik, trend dan memberi kelainan.
Firman Allah s.w.t: ‘’Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’
(Surah Al-Ankabut,45)
Sedih sekali, org yg solat masih melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Mari kite check dan muhasabah diri. Mana silapnya? Mana kurangnya?
Ya, kualiti solat! Pengisiannya yg berbeza.
Solat kosong saja tidak cukup. Ia perlulah dilengkapi dgn mutu dan kualiti.
Adakah kita khusyuk dalam solat kita?
Fahamkah kita bacaan-bacaan di dalam solat kita?
Ada tuma'ninahnya (the pace)? - tidak terlalu cepat, perlu dinikmati dan dihayati
Cukupkah rukun-rukunnya?
Bagaimanakah suara kita dalam solat? - suara yg sedang-sedang, tidak terlalu keras, tidak terlalu perlahan.
Bagaimana kita akan solat jika ia adalah solat yg terakhir buat kita?
Ya Allah, semoga hambaMu dapat memperbaiki diri yg kerdil ini (walaupun aku yg tinggi lampai ini, terasa amat kerdil sekali).
Wallahualam.