Beberapa petikan daripada cerita yg aku suka baca menerusi blog seorang penulis: dan lelaki baik yang bercinta...
“Lelaki yang tidak suka kepada kamu akan menjauhi mu, dan lelaki baik
yang menyukaimu, juga akan menjauhi diri mu,” jelas ibu muda itu dan
membuat saya semakin bingung.
“Untuk lelaki yang tidak menyukai kamu,
memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan, dia tidak suka kamu.
Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai kamu, dia akan cuba mendekati
kamu, dan ini pasti kamu tahu. Cuma lelaki yang benar-benar baik,
apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan inilah
yang saya mahu ceritakan."
“Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali
cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga
'menyentuh' mata bening...